Berpakaian smart dan bergaya bukanlah kesukaan setiap lelaki. Kebanyakan
lelaki lebih suka berpakaian biasa-biasa atau biasanya disebut sempoi.
Tetapi dalam keadaan-keadaan tertentu, berpakaian smart dan bergaya
adalah amat penting untuk menonjolkan karisma dalam diri terutamanya
ketika di tempat kerja dan atau menghadiri majlis yang berprofil
sederhana atau tinggi.
Jika anda ingin tahu, bagaimana caranya untuk berpakaian yang kelihatan
sentiasa smart dan bergaya, mari baca tips-tips di bawah:
1 Pilih pakaian berjenama.
Kenapa jenama memainkan peranan penting dalam aspek berpakaian? Ia
kerana, pakaian berjenama adalah lebih berkualiti dan direka khas untuk
memberikan impak kepada si pemakai. Antara jenama pakaian lelaki yang
moden dan disyorkan adalah seperti Padini, Seed, G2000 dan Suave.
Kebiasaannya kedai jenama-jenama ini boleh dijumpai di Jusco. Tidak
perlu beli pakaian yang mahal-mahal, malah anda boleh membeli ketika
musim jualan murah. Beli kemeja pada harga lebih kurang RM40-50 sehelai.
2. Pilih kemeja lengan panjang dan slim-fit.
Kemeja lengan panjang akan membuatkan anda kelihatan lebih kemas
berbanding kemeja lengan pendek. Selain itu, cari kemeja yang mempunyai
potongan design slim-fit. Slim-fit bermaksud, di bahagian kiri dan kanan
badan baju tersebut tidak akan kelihatan menggelebeh bila dipakai.
Kemeja yang dipakai menggelebeh membuatkan anda kelihatan selekeh, dan
kadang-kala kelihatan gempal.
3. Saiz S, M atau L?
Berkenaan dengan saiz, ukurlah baju di badan sendiri. Ini sangat
penting, kerana saiz akan membuatkan baju yang anda pakai itu nampak
sesuai dengan anda. Sebolehnya, beli baju yang bersesuaian dengan saiz
anda.
Jika saiz S dan M lebih kurang sama, ambil saiz S, kerana saiz S akan
disesuaikan dengan tips slim-fit di atas. Apa-apa pun berkenaan dengan
saiz ini, cari yang akan membuatkan anda selesa ketika memakainya.
4. Design jalur atau kotak-kotak?
Berkenaan dengan design kemeja pula, cari design kemeja yang berjalur
vertikal, kerana ianya akan membuatkan anda kelihatan tinggi dan tidak
gemuk.
Design berjalur adalah lebih baik daripada kemeja kosong tanpa apa-apa
design, kerana ia akan memberi kelainan kepada anda yang memakai, unik
berbanding orang lain. Design kotak-kotak pula lebih sesuai untuk acara
tidak formal dan casual. Kedua-dua design ini ok, cuma perlu disesuaikan
dengan keadaan dan masa.
5. Warna baju mengikut hari.
Ok, ini satu tips yang penting. Tips ini saya terima ketika menghadiri Finishing School Course 2011 ketika di
CUCMS dulu, daripada Dato' Atikah Adom, Managing Director of ATK Communications Sdn Bhd.
Untuk pemilihan warna baju yang ingin dipakai, anda perlu memilih baju
berwarna cerah pada permulaan minggu dan beralih ke warna yang lebih
gelap pada hujung minggu. Contohnya, jadikan tabiat untuk menggunakan
warna yang cerah seperti putih pada hari isnin atau selasa.
Kemudian, boleh gunakan warna-warna lain seperti biru muda, pink atau
kelabu cerah pada hari selasa, rabu dan khamis. Seterusnya, tinggalkan
warna gelap seperti biru gelap atau hitam pada hari khamis atau jumaat.
Ini satu cara untuk membina perwatakan yang menarik melalui pemilihan
warna baju sepanjang minggu.
6. Stail neck tie
Neck tie juga boleh memberikan impak kepada si pemakai. Tahukah anda,
bahawa terdapat banyak jenis stail neck tie di pasaran? Ada yang
berbentuk lebar, nipis dan juga petak. Tips untuk neck tie adalah,
jangan sesekali pakai neck tie yang lebar.
Pilihlah untuk memakai neck tie yang kelihatan nipis kerana ianya nampak
lebih kemas, malah ia sesuai untuk dipakai ketika waktu formal mahupun
separa formal. Ohya, jangan lupa pakai tie pin juga, supaya kelihatan
sentiasa kemas.
7. Cara pilih tali pinggang.
Sebenarnya, tali pinggang ni tak beri impak yang terlalu besar. Cuma
janganlah pakai tali pinggang yang nampak terlalu usang. Cari tali
pinggang kulit berwarna hitam dan kepala tali pinggang tersebut mestilah
berbentuk segi empat tepat.
Jangan pakai kepala tali pinggang yang terlalu fancy dan berbentuk yang
pelik-pelik. Cadangan yang mudah adalah tali pinggang Suave seperti
dalam gambar di atas. Harga pun sekitar RM30 sahaja. Tapi jangan beli
kat tepi jalan tau. =p
8. Cara pilih kasut?
Yang mana lebih elok, hujung kasut berbentuk lonjong (kiri) atau petak
(kanan)? Erm, sebenarnya pilihan ini bergantung pada pilihan
masing-masing.
Cuma untuk yang lebih low-profile, anda boleh gunakan kasut yang
hujungnya berbentuk sedikit lonjong seperti dalam gambar kiri di atas,
manakala yang lebih suka dilihat dan bercakap di hadapan, kasut yang
hujungnya berbentuk petak seperti dalam gambar kanan adalah lebih sesuai
untuk anda.
___________________________________________________














